Kertas Kerja Program "UpSkilling CIDB Digital Boost: Construct Your Brand" & Metodologi Asas Pengukuhan Kewangan
Tempoh Program: Satu Hari
Isi Kandungan
  1. Hasil Pembelajaran (Learning Outcome)
  1. Pengenalan
  1. Tujuan
  1. Objektif Program
  1. Sasaran Peserta
  1. Tempoh Pelaksanaan Program
  1. Modul Program
  1. Tentatif Program
  1. Kaedah Penyampaian
  1. Impak Program
  1. Implikasi Kewangan
  1. Kesimpulan
1. Hasil Pembelajaran
1
Meningkatkan Kesedaran Jenama dalam Digital
Peserta akan dapat memahami kepentingan membina jenama dalam dunia digital yang kuat untuk perniagaan mereka.
2
Kemahiran Pengurusan Digital
Peserta akan memperoleh kemahiran mengurus digital dan media sosial untuk perniagaan.
3
Pengukuhan Prestasi Kewangan Lebih Baik
Dengan menguasai pengurusan kewangan yang berkesan, peserta dapat meningkatkan kecekapan operasi, mengurangkan pembaziran dan meningkatkan keuntungan.
4
Pengukuhan Pengurusan Kewangan secara Digital
Peserta akan menguasai cara mengukuhkan pengurusan kewangan secara digital untuk menjadikan sistem kewangan syarikat lebih sistematik dan teratur.
2. Pengenalan
Pelajari cara untuk memperkasa kebolehpasaran kontraktor dalam pemasaran digital dan mengenali asas pengukuhan kewangan perniagaan dalam bidang industri pembinaan anda.
3. Tujuan
Kertas kerja ini bertujuan untuk bersama dengan pihak CIDB Sarawak dan sokongan dana dalam cadangan mengendalikan program "UpSkilling CIDB Digital Boost: Construct Your Brand" & Metodologi Asas Pengukuhan Kewangan dalam sektor pembinaan bagi memberi manfaat seperti berikut:
1. Peningkatan Kebolehpasaran Biznes Sektor Pembinaan
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran kontraktor dengan memberi mereka kemahiran digital yang diperlukan untuk membangunkan dan menguruskan jenama perniagaan secara digital.
2. Mengenali Metodologi Asas Pengukuhan Kewangan
Program ini juga bertujuan untuk menambah nilai dalam asas pengukuhan kewangan sebagai kontraktor dan perniagaan mereka secara lebih perkasa dan sistematik.
4. Objektif Program
1. Meningkatkan Kesedaran UpSkilling Digital
Untuk membantu kontraktor memahami kepentingan pembinaan jenama dan pengurusan kewangan dalam memperkasakan kebolehpasaran mereka secara dalam digital.
2. Kemahiran Kewangan Kontraktor
Memberi latihan dan pengetahuan yang diperlukan untuk kontraktor membina dan menguruskan jenama serta kewangan peribadi dan perniagaan dengan berkesan.
3. Kebolehpasaran Secara Digital
Memperkasa kontraktor untuk meningkatkan kehadiran dalam digital dan pengurusan kewangan yang baik bagi memperkuat daya saing mereka.
5. Sasaran Peserta
Kontraktor
Program ini dirancang khas untuk kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan ingin meningkatkan kebolehpasaran perniagaan mereka.
Pemilik Perniagaan Pembinaan
Pemilik perniagaan kecil dalam industri pembinaan juga merupakan peserta sasaran utama program ini.
Profesional Industri Pembinaan
Program ini juga terbuka untuk profesional lain dalam industri pembinaan.
6. Tempoh Pelaksanaan Program
Tempoh Pelaksanaan Program
Satu (1) Hari
Sasaran Jumlah Peserta
40 orang
Lokasi Program
Kompleks CIDB, Kuching Sarawak
7. Modul Program Satu (1) Hari
1
Sesi Pembuka
Sesi permulaan yang memperkenalkan objektif dan manfaat program UpSkilling CIDB Digital Boost kepada peserta.
2
Membina Jenama Peribadi
Sesi yang membantu peserta memahami kepentingan pembinaan jenama peribadi dan strategi untuk mempromosikan diri secara dalam digital.
3
Metodologi Asas Pengukuhan Kewangan
Sesi yang menyediakan panduan praktik untuk menguruskan kewangan peribadi dan syarikat secara bijak dan berdisiplin.
4
Latihan Dalam Kumpulan
Sesi pratikal dalammembantu peserta memahami ilmu yang disampaikan dalam bentuk kumpulan atau individu
8. Tentatif Program
9. Kaedah Penyampaian
Persembahan Interaktif
Sesi program akan disampaikan melalui persembahan interaktif yang menarik, dengan penggunaan alat visual yang menarik perhatian peserta.
Perbincangan Kumpulan
Sesi perbincangan kumpulan akan diadakan untuk menggalakkan perkongsian idea dan pengalaman di kalangan peserta.
Bimbingan Pakar
Peserta akan menerima bimbingan dan nasihat daripada para pakar dalam bidang pengurusan peribadi dan perniagaan.
Sesi Praktikal
Peserta akan diberi peluang untuk mempraktikkan kemahiran yang dipelajari melalui aktiviti-aktiviti hands-on.
10. Impak Program
Program UpSkilling CIDB Digital Boost: Bina Jenama Anda ini dijangka akan memberi impak yang besar kepada kontraktor CIDB. Dengan memperkasakan kemahiran kebolehpasaran digital dan pengurusan kewangan, peserta akan dapat meningkatkan daya saing mereka di pasaran pembinaan yang semakin kompetitif.
Peserta dijangka akan dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran baharu untuk mempromosikan perniagaan mereka secara digital, memperbaiki profil digital, dan menguruskan kewangan secara lebih sistematik. Ini akan menolong mereka memperkukuhkan jenama dan kedudukan mereka dalam industri pembinaan.
11. Implikasi Kewangan
12. Kesimpulan
  1. Program "UpSkilling CIDB Digital Boost: Construct Your Brand" & Metodologi Asas Pengukuhan Kewangan ini dapat meningkatkan dan mengukuhkan lagi kemahiran para kontraktor secara digital dan pemerkasaan kewangan dalam perniagaan dengan lebih efektif serta efisien.
  1. Keseluruhan implikasi kewangan yang memerlukan sejumlah RM 31,050.00 juga telah dinyatakan bagi tujuan melaksanakan program ini.